Nov 26, 2005

LebArAn 1426H

Eid Mubarak.

Salam Eid Al-Fitri utk semua. Ampun, maaf zahir dan batin atas kesilapan lalu. Ya, mata ni kadang khilaf mentafsir, hati kadang terlajak berwasangka dan lembayung kata-kata tak bertapis..mungkin kalian pernah terasa. Sengaja atau tidak setiap tingkah laku ini..pohon dihalalkan. Jika ia menyakitkan, maklumkan pada aku yang hina di sisi Tuhan ini. Biar luruh dosa antara kita, moga cinta Allah cuma yang akan mendekatkan hati kita semua..ameen.

Lebaran kali ini, sederhana cuma. Angah pun tak balik beraya, cuti dibekukan. Maklum, orang dah bekerja. Beraya berempat lah kami tahun ni.

Takbir bersahutan, meninggalkan Ramadhan yang kudus. Meriahnya di hati melihat salam dan ukhuwah yang bertaut. Alhamdulillah, yang jauh pulang ke desa, meraikan kemenangan bersama.

Pak Long, Mak Ngah, Pak Uda..semuanya duduk bersama bertalamkan rendang dan ketupat nenek. Mak Teh pula masih sempat meredah gerimis malam raya mencari buah belimbing demi memenuhi pundakku yang rakus mencari sambal kacang kegemaran.

Aduhai, kesian Mak Teh.

Rendang ayam, rendang daging, sambal udang, rendang kerang..aku membilang sendiri.

"Ika, nenek buat sambal kacang tak?"..hehe. Sempat bertanya khabar dan persiapan di rumah nenek. Hujung gagang.

Sampai je ke rumah nenek untuk tawaf malam raya, tu dia..nenek tengah menumis kuah sambal kacang yang aku minat gile. Peh, rasa bersalah pun ada sebab bertanya waktu siangnya.

Kali ni, lama sedikit kami melayan tetamu dirumah. Tak seperti tahun selalunya, kami berkampung di rumah nenek untuk sama melayan tamu yang tak putus kunjung tiba.

"Bila habis belajar Long?"

"InsyaAllah, 2 tahun lagi"

Senyum bertukar, tangan bersambutan.

"Bila nak kahwin?"

"Erkk.." (mengapa soalan ini turut serta??)

Ahaha..dah tahu aku ni suke jenaka..

"Pakwe pon takde lagi lah Ngah. Tolong lah carikan.."

"Amboih, Ngah boleh je carikan, takut along je tak berkenan.
...Maklumlah, budak UIA"

"Alahai..apa je bezanye Ngah?

" Hui..banyak bezanya Long. Universiti Islam tu..

"Hehe..Ngah..Ngah.."

Mesra kami tetap sama. Berborak dan sakat menyakat sesama sendiri. Bila makin dewasa, takdelah lagi gap cerita. Dulu, budak-budak tak boleh pasang telinga bila orang tua bercerita. Sekarang ni..green light :) Erm..aku dah dewasa..

..dan masih menerima duit raya. (Huh..duit raye??) hehe..

Sakan juga bila dapat berkumpul ramai-ramai. Konvoi raya mendekatkan yang jauh dan merapatkan kasih sayang. Ah, tak tersangka akan ada reunion keluarga pada tahun ini. Sungguh, aku memang tak mengenal kebanyakan yang hadir di dewan yang sarat tu. Tahniah untuk pihak keluarga yang mengusahakan program tersebut dan mengumpulkan setiap generasi keluarga Kalong. Moga, kedekatan berbuah muhibbah dan mawaddah :)

Sebulan cuti di rumah. Bukan untuk melenggang perut dan kaki tangan. Ah, ada masih tugasan dan amanah untuk dilangsaikan. Dari tarikh ini, masih berbaki seminggu lebih untuk duduk menyiapkan apa yang belum selesai :)

Syawal bakal berlalu. Aku sendiri rasa terpukul bila mengenang diri. Apakah sebulan Ramadhan refleksi pada perubahan diri..atau masih sama..atau terus tiada apa..

Eid Mubarak.

No comments: